Followers

Saturday, April 27, 2019


Derma Darah
Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan pendermaan apheresis. Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah). Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus (dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.Penderma darah kebiasaannya merupakan sukarelawan yang tidak dibayar yang menderma darah untuk bekalan masyarakat. Di negara-negara yang lebih miskin, bekalan ditubuhkan adalah terhad dan penderma biasanya memberikan darah apabila keluarga atau rakan memerlukan pemindahan (derma diarahkan). Banyak penderma menderma sebagai tindakan amal, tetapi di negara-negara yang membolehkan derma dibayar beberapa penderma dibayar, dan dalam beberapa kes terdapat insentif selain wang seperti masa rehat dari kerja. Penderma juga boleh diambil darahnya untuk kegunaan masa depan mereka sendiri (derma autologous). Menderma adalah agak selamat, tetapi beberapa penderma mungkin memdapat tanda lebam di mana jarum dimasukkan atau mungkin merasa letih.

Jenis –jenis pendermaan Darah
1)Pendermaan darah penuh
Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma.

2) Pendermaan apheresis
Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali . Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma.


Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  a.Sel darah merah
  b.Sel darah putih
  c.Platelet                                                                
  d.Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Kriteria  penderma darah
1.       Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2.    Penderma berumur:
ü 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
ü di antara 18 hingga 60 tahun untuk penderma yang kali pertama menderma.
ü di antara 18 hingga 70 tahun untuk penderma yang pernah menderma (penderma berulang).
ü Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3.    Berat badan melebihi 45 kg.
4.    Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5.    Tiada masalah kesihatan.
6.    Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
ü Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
ü Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7.    Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak      
berpuasa).
8.   Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
ü Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
ü Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
ü Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
ü Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
ü Mengambil dadah secara suntikan.
ü Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9.    Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk 
penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
ü Tidak mengandung.
ü Tidak datang haid.
ü Tidak menyusukan anak.
11.    Bagi penderma bukan warganegara Malaysia, penderma 
telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun.
   


Kelebihan Derma Darah
1.       Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya,  dapat menjaga kesihatan  penderma juga.
Contoh:
Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi. Penderma tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya. Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya.

2.    Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan
turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma.
Contoh:
Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia.Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah kita dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda. 

3.    Menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap
penyakit kanser.
Contoh:
Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai bahkan di Malaysia sahaja, jumlah kes kanser didapati semakin meningkat.Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal bagus bagi mengelakkan sesalan di kemudian hari. 

4.    Menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam
badan.
Contoh:Adalah suatu mitos bagi yang mengatakan derma darah boleh menambahkan berat badan walhal sebenarnya dengan menderma darah, anda turut mengurangkan alori dalam badan anda dengan hanya berbaring diatas kerusi. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

5.    Menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat,
Contoh:
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan. Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah.


Keistimewaan penderma darah
 
KEKERAPAN MENDERMA
KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
             
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

Proses Derma Darah
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
1.        Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
2.      Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
3.      Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
4.      Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
5.      Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.